Pokok Keladi Senduk
Pokok keladi senduk adalah tumbuhan akuatik yang berasal dari Asia Tenggara. Tumbuhan akuatik ini juga dikenali dengan nama keladi merawan, paku rawan, keloyok, lagung (Iban), centongan (Jawa), sesenduk, kelor (Sabah), selimpat, kemelin (Perak), kelayau, keladi itik, keladi layar, genjer (Indonesia), kelayar (Negeri Sembilan), samsir (Sarawak), kelayo dan yellow burrhead leaf. Biarpun namanya dikenali dengan keladi atau paku tetapi ia bukan daripada famili keladi atau paku pakis. Keladi senduk atau nama botaninya, Limnocharis flava merupakan tumbuhan akuatik daripada famili Limnocharitaceae.
Pokok ini tumbuh di kawasan berair cetek seperti parit, taliair dan sawah padi. Ia juga mampu hidup di kawasan lembab berdekatan dengan air. Ia dianggap musuh bagi penanam padi kerana bila ia tumbuh dalam petak sawah, ia akan menguasai kawasan tersebut.
Keladi senduk atau paku rawan ini boleh dimakan. Pucuknya dimakan sebagai ulam atau dijadikan masakan. Bunganya yang belum mekar juga dijadikan makanan. Ia sedap dimasak dengan beberapa jenis masakan tradisional. Di sesetengah tempat, bunga tumbuhan ini dijual di pasaran.
Pembaca blog ini yang ada pengalaman dengan pokok ini boleh kongsi di sini. Mungkin pernah makan atau pernah lihat tapi tak tahu ianya boleh dimakan. Atau mungkin juga tak kenal dan tahu tentang kewujudan tumbuhan akuatik ini.
rasanya pernah tengok...tp makan tuh tak pernah laa pulak..tak gatal ker rasa keladi nie...
ReplyDeletePokok ni byk tumbuh dalam sawah terbiar atau parit. Ia bukan jenis keladi, mmg tak akan ada rasa gatal tu. Keladi pn org blh mkn sebagai sayuran.
ReplyDeleteMengikut apa yang saya belajar, untuk menuai sayur atau apa-apa tanaman, pastikan tidak menuai dengan bayang-bayang kita menutupi tanaman. Jika tak, akibatnya tidak enak. Sebab itulah ada keladi gatal dan keladi tidak gatal.
ReplyDeleteBagi makchaq, paku rawan ni antara sayuran kami masa kecik2 sebab tak payah beli.
ReplyDeleteCelur, buat ulam dan kerabu sedap. Makchaq baru makan ni buat ulam. Kat belah Kedah masih boleh jumpa kat sesetengah kedai2 makan.
belakang rumah saya banyak paku rawan ni.. sedap makan buat ulam
ReplyDeletepenah tgk.. kat pasar ada jual tp x pnh masak malahan mersanya...
ReplyDeleteAs-salam ADRY
ReplyDeletePernah memakannya (disayur tumis) dalam tahun-tahun 50an dulu. Masa itu saya mengikuti jiran sekampung yang membuka kebun baru (kebun kelapa) di satu tempat bernama Tanjung Sari, Perak. Di kebun baru itu tumbuh banyak keladi senduk. Ini pun baru saya tahu namanya. Di Tg Sari dulu mereka memanggilnya "genjer". Jadi teringat pula saya akan sedapnya tumisan "genjer" berselimutkan udang kering!
@ I Wong
ReplyDeleteTerima kongsi petua mengenai cara menuai sayuran. Tak tau pula saya ada petua ni. Nanti blh la cuba masa petik sayur yg ditanam..
@makchaq
ReplyDeletePaku rawan atau keladi senduk ni sayuran percuma. Kalau terasa nk mkn blh kutip. Takdak sapa nk mrh. Saya biasa mkn yg dicelur, masakan jenis lain tu blm lagi. Saya cukup teruja masakan paku rawan tumis tu. Nmpk sedap. Paku rawan mmg byk kat sini, takdak org kuitp utk mkn kot.
@Pizud
ReplyDeleteKalau ada kat belakang rumah senang kutip bila terasa nak makan menu daripada paku rawan ni.
@CT
ReplyDeleteCT blh cuba menu paku rawan atau keladi senduk tumis. Atau blh juga buat kerabu. Ramai org yg biasa mkn kata sedap.
@Temuk
ReplyDeleteAs salam cikgu,
Cikgu dah pernah merasa kesedapan masakan paku rawan tumis ni ye. Pokok ni hidup subur dlm parit atau sawah terbiar. Genjer tu nama pokok ni dlm bahasa Indonesia. Org Jawa panggil centongan. Keladi senduk tu org Kelantan yang panggil sbb daun dan bunga mcm senduk.
ADRY
ReplyDeleteMacam selalu, ada saja info tambahan yang berguna dari Adry. Tak pernah saya mendengar nama centongan. Itu, atau biasanya disebut "centong" memang bermaksud "senduk". Terima kasih.
Baru saya tahu centong tu bermaksud senduk. Mungkin centongan lebih khusus untuk pokok keladi senduk ni. Ia juga dipanggil sesenduk.
ReplyDeletexpernah makan..tp pernah nampak..tak tahu boleh makan.tak keras ke?batang keladi biasa tu slalu la mkn sbb mmg fevret..hihihi.
ReplyDeletesalam kenalan,Adry..terima kasih kerana mnjenguk blog saya :)
Bhgn pokok yg org mkn ialah pucuk/daun muda dan bunga dgn tngkainya. Pucuk keladi senduk saya biasa mkn, lembut je slps dicelur. Ramai org kata sayur tumis bunga keladi senduk mmg sedap rasanya. Saya pun rasa teruja utk mencuba. Keladi senduk atau paku rawan byk tumbuh liar kat tmpt saya tinggal skrg.
ReplyDeleteha...akhirnya terjawab dah sya selalu ternampak ada yang ambik daun ni rupanya boleh makan ye
ReplyDeleteYg ni namanya keladi senduk atau org nogori panggil pokok kelayar. Ia slmt dimkn dan diakui sedap oleh org yg biasa mkn masakan drp pokok ni.
ReplyDeleteBahagian batang (tangkai daun) dicelur (blanched), cicah budu atau sambal lada, sedap.
ReplyDeleteIskandar
tanamsendiri.com
Saya biasa mkn tangkai daun muda keladi senduk ni tp lama dulu.Mmg sedap bagi mereka yg suka ulaman. Pokok ni blh dpt free je.
ReplyDeleteTerima kasih jenguk blog saya.
first time makan genjer ni, dimasak orang. cara masakannya seperti kangkung goreng bercili. biar pedas. rupa2nya memang sedap. cubalah...
ReplyDeleteRamai yg kata masakan tumis/goreng bercili keladi senduk atau genjer ni sedap tp saya blm pernah merasa. Foto masakan tersebut saya biasa lihat, memang nmpk menyelerakan. Rasa teruja untuk mencubanya nanti.
ReplyDeletesy tau pokok ni blh mkn tp fmly kitorg xtau nk msak cm mane wlupn kt dpn umah belambak tumbuh.
ReplyDeleteorg pahang biase ny tau cm mane nk mkn keladi ni.
Ramai org kata, keladi senduk ni sdp digoreng tumis spt kangkung tu. Saya pn tak penah merasa. sedap la kot sbb ramai yg kata sedap.
ReplyDelete